WAZAN Bantu Pusat Perlindungan Wanita! | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » WAZAN Bantu Pusat Perlindungan Wanita!

WAZAN Bantu Pusat Perlindungan Wanita!

Sabak Bernam, 20 April 2019 – WAZAN terus melangkah jauh membawa misi dan visi murni untuk terus berbakti kepada masyarakat yang bersumberkan dana wakaf dan zakat. Kali ini di bawah program ‘Sentuhan Kasih WAZAN” telah memilih sebuah lokasi yang cukup istimewa iaitu Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan. Pada asasnya Baitul Ehsan merupakan pusat khidmat masyarakat yang dikelolai oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Perjalanan dari Serdang ke Sabak Benam telah mengambil masa lebih kurang tiga jam dan program ini telah disertai oleh staf WAZAN dan staf UPM. Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang dan dilaksanakan di Baitul Ehsan antaranya sesi perkongsian dan motivasi daripada Encik Pauzi yang merupakan pakar dalam bidang kaunseling di UPM. Menerusi aktiviti ini pemupukan jati diri dan semangat juang telah berjaya ditanamkan di dalam diri pelatih Baitul Ehsan. Selain itu, program Sentuhan Kasih WAZAN ini telah berjaya menjadi medium terbaik dalam perkongsian ilmu antara WAZAN bersama pihak Baitul Ehsan.

Oleh itu, Dr. Haji Razali Othman telah melaksanakan sesi perkongsian ilmu iaitu khidmat perundingan kepakaran bersama para staf dan tenaga pengajar Baitul Ehsan. Seterusnya, WAZAN juga berjaya melaksanakan projek penanaman pokok mangga sebagai simbolik kepada program ini.

 

Secara keseluruhannya, WAZAN telah bersetuju dan berbesar hati untuk menyediakan bantuan fasiliti kepada Baitul Ehsan. WAZAN sentiasa bersedia untuk terus bersama-sama seiring dengan Baitul Ehsan bagi melancarkan proses latihan dan pengurusan institusi ini. Kerjasama WAZAN dan Baitul Ehsan tidak berhenti setakat ini sahaja kerana pihak WAZAN akan komited untuk terus menjayakan program ini secara berstruktur dan berkala dalam jangka masa panjang. WAZAN mendoakan para pelatih di Baitul Ehsan akan terus maju dalam membangunkan potensi dan kecemerlangan diri.

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 23/04/2019 | Kemaskini: 22/07/2019 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXDdVAy~