WAZAN BANTU PELAJAR MENERUSI SUMBANGAN HARI RAYA | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » WAZAN BANTU PELAJAR MENERUSI SUMBANGAN HARI RAYA

WAZAN BANTU PELAJAR MENERUSI SUMBANGAN HARI RAYA

UPM SERDANG, April – Bulan Ramadan adalah bulan untuk mengerjakan ibadah. Dalam bulan ini juga pelbagai bentuk aktiviti bagi menyantuni asnaf, anak yatim dan golongan yang memerlukan dijalankan.
 
Hal ini tidak terkecuali bagi PTJ-PTJ untuk turut sama dalam penganjuran program seperti program berbuka puasa, sumbangan hari raya, jom balik kampung, bubur lambuk dan sebagainya.
 
Dalam program ini, pelajar-pelajar asnaf dalam kategori fakir dan miskin akan dibantu dengan menyerahkan sumbangan hari raya sebagai satu usaha untuk meringankan bebadan pelajar untuk menjalankan persiapan sempena hari raya.
 
Sumbangan yang disalurkan oleh PTJ-PTJ di UPM menggunakan dana zakat dan juga dana UPM Prihatin @WAZAN.

Tarikh Input: 30/04/2023 | Kemaskini: 29/01/2024 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEdHAP~