WAZAN ANJUR SEMINAR BICARA DARI HATI | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » WAZAN ANJUR SEMINAR BICARA DARI HATI

WAZAN ANJUR SEMINAR BICARA DARI HATI

 
UPM SERDANG, 6 DIS - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Seminar Bicara Dari Hati pada di sini hari ini.
 
 
Penganjuran ini adalah bersempena Bulan Zakat dan Wakaf UPM 2023 yang berlangsung bermula bulan November hingga Disember 2023. Seminar yang berlangsung di Auditorium Jurutera Radin Umar, Fakulti Kejuruteraan ini menampilkan tiga panel hebat. Antara panel yang memberikan ceramah mereka ialah Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah & Ustaz Wan Akashah dan Pencetus Ummah (PU) Amin.
 
 
Selain panel penceramah yang menjayakan seminar ini, terdapat juga Pelancaran Bulan Zakat dan Wakaf UPM 2023 yang telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), YBhg Prof. Dr Ismi Arif Ismail.
 
 
WAZAN UPM juga telah membuat simbolik serahan sumbangan Pelajar Asnaf UPM kepada wakil Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) sebanyak RM2.095 Juta dan sumbangan staf asnaf kepada Pendaftar UPM sebanyak RM857 Ribu. Selain itu, dijalankan penyerahan hadiah Pertandingan Video Kreatif Tiktok antara staf UPM dan Pertandingan Mencipta Poster antara pelajar UPM.
 
 
Peserta juga dialunkan dengan alunan zikir munajat, qunut nazilah dan lagu Bintang Syurga oleh Ustaz Bazli UNIC. Turut diberikan enam hadiah cabutan bertuah kepada para peserta yang bertuah sepanjang seminar ini berlangsung. - WAZAN UPM
 
 

Tarikh Input: 14/12/2023 | Kemaskini: 14/12/2023 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEdHAj~