WAZAN Anjur Bengkel Pemantapan Staf | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » WAZAN anjur Bengkel Pemantapan Staf

WAZAN anjur Bengkel Pemantapan Staf

TROLAK 20 Oktober - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM yang sedang menyambut ulang tahun pertama penubuhannya, telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Staf bertujuan untuk mempertingkatkan profesionalisme serta kompetensi seluruh staf WAZAN dalam menjalankan peranan serta fungsi masing-masing.
 
Bengkel tersebut dilaksanakan selama 3 hari dua malam dari 20 hingga 22 Oktober 2017 (Jumaat - Ahad) bertempat di Institut Latihan Felda Trolak Perak dengan penyertaan seramai 14 orang dalam kalangan warga kerja WAZAN.
 
Terdapat 8 slot asas sebagai pengisian atur acara utama di sepanjang Bengkel tersebut, termasuk acara indoor dan outdoor yang dirangka khusus bagi memenuhi keperluan semasa setiap staf WAZAN.
 
Pengarah WAZAN UPM, Dr. Hj. Razali Othman berkata, penganjuran Bengkel ini amat penting bagi melahirkan staf yang bertanggungjawab kepada UPM dalam memikul amanah Allah SWT. "Saya berharap semoga seluruh warga WAZAN dapat mengekalkan pencapaian WAZAN yang memberangsangkan sepanjang setahun usia penubuhannya ini serta mempertingkatkan lagi motivasi dan gerak kerja, serta kreativiti dan inovasi masing-masing agar WAZAN sentiasa berada pada landasan yang tepat dalam merealisasikan impian dan halatuju WAZAN 2025 menjadi The Little Al-Azhar dan The Little Harvard, insya Allah" tambah beliau. - WAZAN Online
  

Berdiri dari kiri; Sdr Afiezee, En Anuar, En Muhammad Zaid, En Wan Muhammad Isam, Ustaz Zuhaimi, Dr Hj Razali, Ustaz Nuruliman, En Awangku Muhammad Aisamuddin, En Aiman, Ustaz Muhammad Noo Elmir, En Muhammad Jazmi. Duduk dari kiri; Pn Anisah, Cik Nur Zila, Pn Sabariah, Cik Wan Rohani.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 21/10/2017 | Kemaskini: 28/09/2018 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEXQAC~