WAZAN ANJUR BENGKEL PELAN STRATEGIK WAKAF UPM
16 Mei 2025 (Jumaat) - Bengkel Perancangan Strategik Wakaf (BPSW) Universiti Putra Malaysia (UPM) Kali Kedua (Bil. 1/2025) telah diadakan dengan jayanya di Al-Biruni Smart Space, Masjid UPM di bawah pimpinan YBrs. Tn. Hj. Haris Dahlan, Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN) Universiti Putra Malaysia (UPM) merangkap Penolong Ketua Fasilitator kepada YBhg. Dato’ Prof. Naib Canselor UPM.
Bengkel ini telah berjaya memanfaatkan idea dan kepakaran daripada pihak pengurusan tertinggi, pegawai-pegawai kanan serta pegawai-pegawai universiti dalam merangka pelan penyelesaian jangka pendek, sederhana dan panjang bagi pelaksanaan strategi peningkatan kutipan dan pemasaran wakaf, strategi pengagihan wakaf serta strategi pelaburan dan pulangan hasil wakaf yang menyumbang kepada pemerkasaan Dana Wakaf Ilmu UPM.

Penglibatan ahli bengkel antaranya YBrs. En. Muhazam Mansor, Pendaftar; YBrs. Pn. Hjh. Izariahwati Mohd Isa, Bursar; YBrs. Pn. Ir. Maznah Sahran, Pengarah Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA); YBrs. En. Mohd Nazri Md Yasin, Ketua Pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa); YBrs. En. Shahriman Hashim, Ketua Pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi); YBrs. Prof. Madya Dr. Amini Amir Abdullah, Pengerusi Jemaah Pengetua Kolej-kolej Kediaman; YBhg. Prof. Dr. Shamsul Bahri Hj. Md. Tamrin, Pengarah Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT); YBrs. Prof. Madya Dr. Nor Fadhlina Zakaria, Pengarah Urusan Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), YBrs. En. Zuhaimi Abdul Rahim, Pengarah Pusat Islam Universiti (PIU); YBhg. Prof. Dr. Suhaimi Ab Rahman, Pakar Syariah Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE), En. Mohammad Shahril Salleh, Ketua Bahagian Pembangunan (Strategi dan Inovasi) PPPA; Pn. Yusnawati Mat Isa, Ketua Bahagian Kewangan Kemudahan Staf Pejabat Bursar; En. Wan Mohd Radzi Wan Ismail, Ketua Bahagian Pentadbiran, Wakaf dan Infak (WAZAN), En. Mohd Rizal Helmi A Razak, Ketua Seksyen Dakwah dan Pemasaran (WAZAN) dan En. Mohd Hafiz Amrullah, Pegawai Kewangan Pejabat Bursar.

Turut hadir wakil Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) iaitu En. Mohd Hafiz Bahari, Pengurus Bahagian Korporat yang sama-sama menyumbangkan idea dan kepakaran serta perkongsian pengalaman dalam bengkel pada kali ini.
Dalam pada itu, YBhg. Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor UPM yang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Strategik Wakaf UPM telah turut sama mendengar sesi pembentangan rumusan bengkel oleh ahli-ahli kumpulan bengkel sekaligus memberikan ulasan dan ucapan penutup Bengkel Perancangan Strategik Wakaf (BPSW) Universiti Putra Malaysia (UPM) Kali Kedua (Bil. 1/2025).
Tarikh Input: 31/05/2025 |
Kemaskini: 31/05/2025 | rizal_helmi
PERKONGSIAN MEDIA