Wakaf Teratak Pak Ngah Atan IPPM-WAZAN Perlu Dana RM330 Ribu | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » Wakaf Teratak Pak Ngah Atan IPPM-WAZAN perlu dana RM330 ribu

Wakaf Teratak Pak Ngah Atan IPPM-WAZAN perlu dana RM330 ribu

Oleh Wan Muhammad Isam Wan Ismail
Foto oleh Dr Siti Anom

 

Premis Teratak Pak Ngah Atan yang akan dijadikan Pusat Jagaan Harian dan Penyelidikan Warga Emas.

 

SERDANG, 17 November - Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (IPPM) Universiti Putra Malaysia bersama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM sedang merancang untuk memulakan operasi Pusat Jagaan Harian dan Penyelidikan Warga Emas di Golf Height Seremban selewat-lewatnya awal Februari 2018.

Pusat Jagaan tersebut diberi nama Wakaf Pak Ngah Atan asalnya adalah sebuah banglo yang diwakafkan oleh Allahyarham Dr. Abdul Rahman ... bekas Dekan Fakulti Kejuruteraan UPM yang lebih dikenali dengan Pak Ngah Atan bersama isterinya Dr. Hjh Hasnah Udin, bekas pensyarah di Fakukti Ekologi Manusia UPM.

Sejumlah RM330,000 dana sumbangan wakaf diperlukan iaitu bagi membiayai kos pengubahsuaian banglo tersebut sebanyak RM100,000 dan RM230,000 lagi bagi menanpung kos pembelian  peralatan dan kemudahan untuk membolehkan Pusat Jagaan tersebut memulakan operasi perkhidmatannya.

Sumbangan boleh disalurkan terus ke dalam akaun CIMB Islamik (UPM Dana Wakaf Ilmu)  No. Akaun: 8602-68-4995, di samping kemudahan berwakaf menerusi gerbang pembayaran atas talian (online) mysadaqah.upm.edu.my yang akan menghubungkan pengguna dengan pelbagai institusi perbankan utama seperti Maybank, CIMB, Bank Islam, AmBank, RHB Bank dan lain-lain.

 
 
 
 
 
 

 

 
 

  

Tarikh Input: 17/11/2017 | Kemaskini: 28/09/2018 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 8993/6156
+603 9769 2048
C1586526814