Wakaf Gerobok Arkitek | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » Wakaf Gerobok Arkitek

Wakaf Gerobok Arkitek

UPM, 13 MAC 2019 – Pembangunan wakaf di UPM terus disebarluaskan dengan jalinan kerjasama antara WAZAN dengan Fakulti Reka Bentuk dan Seni Bina (FRSB). Pertemuan ini melibatkan pengarah WAZAN bersama Timbalan Dekan (Akademik) dan Majlis perwakilan Pelajar (MPP). Tujuan mesyuarat ini dilaksanakan adalah untuk membincangkan bagaimana dana dan sumber wakaf dapat dimanfaatkan untuk membantu warga FRSB. Oleh itu, sepanjang perbincangan berlangsung banyak perkongsian idea telah diberikan. Cetusan idea terbaik yang telah disepakati ialah melaksanakan bantuan Wakaf Gerobok Arkitek. Istilah gerobok ini merupakan perkataan bahasa Melayu lama yang merujuk kepada almari. WAZAN melihat kepada komposisi keperluan para pelajar FRSB dalam pembelajaran mereka seperti peralatan alat tulis.

Maka, WAZAN akan bekerjasama dengan pakar arkitek FRSB untuk mereka sebuah almari khas yang boleh digunakan oleh para pelajar. Segala peralatan pembelajaran pelajar juga akan disediakan dalam gerobok tersebut. Oleh itu, Semua pelajar lebih mudah mendapatkan peralatan yang mereka perlukan tanpa mengeluarkan kos sendiri. Pembiayaan gerobok dan semua perlalatan akan dibantu dan dibiayai oleh WAZAN sepenuhnya menerusi sumbangan dana wakaf dan zakat. WAZAN juga berkeyakinan bahawa pakar FRSB mempunyai jalinan kerjasama yang erat dengan pihak luar. Oleh yang demikian, memudahkan lagi pihak FRSB dan WAZAN untuk mendapatkan tajaan luar dari pelbagai pihak. WAZAN berharap semoga usaha kecil ini akan mampu mengurangkan bebanan para pelajar FRSB Khususnya pelajar asnaf. Secara langsung, WAZAN dan FRSB akan mampu terus meningkatkan kecemerlangan universiti dan para pelajar UPM.

 

Tarikh Input: 15/03/2019 | Kemaskini: 15/03/2019 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 8993/6156
+603 9769 2048
C1586526764