Usahawan Kapitalis Vs Usahawan Akhirat | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » Usahawan Kapitalis vs Usahawan Akhirat

Usahawan Kapitalis vs Usahawan Akhirat

  Image may contain: one or more people and indoor  
  Image may contain: 1 person, sitting and indoor Image may contain: 4 people, indoor  


UPM, 4 Januari 2019 - WAZAN diberi peluang untuk sama berkongsi pengalaman bersama kumpulan bakal usahawan muda. Program Siswapreneur@startupBiz@CEM di KKC. Banyak yang kami kongsikan tadi. Bermula daripada penubuhan, sehinggalah IMPIAN WAZAN menjelang tahun 2025! Untuk capai impian ini, WAZAN perlu berfikir seperti seorang usahawan juga.

Kepada kumpulan bakal usahawan muda ini, ada pesan yang kami tinggalkan tadi. Pesan saya, jadilah usahawan yang suka MEMBERI. Ada dua kebaikan menunggu bagi mereka yang suka memberi. Pertama, ‘lagi banyak kamu memberi, lagi banyak Allah SWT akan GANTIKAN semula kepada kamu”. Kedua, sabagai simpanan di akhirat nanti. Kami katakan lagi, “katakan, dalam kesibukan kamu mencari keuntugan, tiba2 kamu meninggal dunia! accident, etc. Kamu tidak perlu bimbang. Sedekah kamu menunggu di sisi kuburmu ...”. Usahawan yang hanya mencari keuntungan di dunia akan RUGI di akhirat nanti. Siapapun kita, di sanalah tujuan akhir hidup kita nanti.

Tahniah rakan2 di Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM). Semoga usaha ini akan melahirkan graduan berwawasan USAHAWAN. In Shaa Allah.

Tarikh Input: 07/02/2019 | Kemaskini: 04/03/2019 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEUGA6~