UPMKB TIDAK DISISIHKAN DARI MENERIMA BANTUAN | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » UPMKB TIDAK DISISIHKAN DARI MENERIMA BANTUAN

UPMKB TIDAK DISISIHKAN DARI MENERIMA BANTUAN

UPM BINTULU, 26 Jul - Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) tidak disisihkan daripada menerima bantuan daripada pihak WAZAN UPM terutamanya pelajar dan staf asnaf di kampus tersebut.
 
 
Sejak penubuhan WAZAN UPM yang bertempat di kampus Serdang, pelajar-pelajar yang mendaftar di UPMKB turut menerima bantuan yuran pengajian, bantuan sara diri serta bantuan latihan industri melalui sistem eWAZAN.
 
Pengarah WAZAN UPM, Prof. Madya Dr Mohd Daud Awang berkata, "WAZAN UPM dalam usaha memperbanyakkan bantuan khususnya kepada para asnaf di UPMKB, buktinya kahadiran kami pada hari ini adalah untuk membantu staf asnaf melalui sumbangan pek barangan keperluan asas", katanya ketika sesi penyerahan sumbangan pek makanan kepada sepuluh staf asnaf di Bangunan Pentadbiran UPMKB.
 
"Sumbangan ini adalah susulan daripada bantuan bulanan yang diterima oleh staf UPM yang dikategorikan sebagai asnaf fakir yang diluluskan oleh Jawatankuasa Agihan Zakat, Tabung Amanah Zakat UPM", tambahnya lagi.
 
Ditanya berkenaan dengan staf bukan muslim yang memerlukan bantuan, Prof. Madya Dr Mohd Daud berkata, "WAZAN UPM mempunyai sumber selain daripada sumber zakat yang membolehkan mereka turut memperoleh bantuan", ujarnya.
 
 
Bagi membolehkan pihak UPMKB menjalankan hubungan secara terus dengan pihak WAZAN UPM, satu jawatan juga turut dibuka untuk memastikan semua aspek kutipan dan bantuan kepada UPMKB berjalan dengan lancar. - WAZAN UPM

Tarikh Input: 31/07/2023 | Kemaskini: 27/11/2023 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEdHAu~