UNITEN KUNJUNGI WAZAN SEBAGAI LAWATAN PENANDA ARAS | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN INFAK (WAZAN) wazan
» BERITA » UNITEN KUNJUNGI WAZAN SEBAGAI LAWATAN PENANDA ARAS

UNITEN KUNJUNGI WAZAN SEBAGAI LAWATAN PENANDA ARAS

Oleh: Nur Iqra Ahmad Basri
Foto: Nur Iqra Ahmad Basri
 
WAZAN UPM, 12 Jun - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat & Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan daripada delegasi Tabung Amanah Zakat Universiti Tenaga Nasional (TAZU UNITEN) bagi lawatan penanda aras hari ini. Kunjungan yang dijalankan di WAZAN UPM ini melibatkan lapan orang pegawai daripada TAZU, termasuk Pengarah Pusat Islam UNITEN, Prof. Madya Dr. Amanuddin bin Shamsuddin, Pengurus Tabung Amanah Zakat UNITEN, En. Mohd Husin Talib, Eksekutif dan Pembantu Tadbir Kutipan Tabung Amanah UNITEN, Eksekutif dan Pembantu Tadbir Agihan Tabung Amanah UNITEN, serta Pembantu Tadbir Kewangan Tabung Amanah Zakat UNITEN.
 
 
Lawatan penanda aras yang dijalankan oleh pihak TAZU UNITEN ini adalah bertujuan untuk mendapatkan pengalaman pengurusan agihan zakat, pengurusan kutipan dan pengurusan kaunter zakat yang terdapat di UPM. Disamping itu juga, lawatan ini sebagai kunjungan hormat yang diberikan kepada Tuan Haji Haris Dahlan selaku Pengarah WAZAN UPM yang baharu dilantik pada 1 April 2024 yang lalu.
 

Turut hadir dalam lawatan penanda aras yang dijalankan oleh TAZU UNITEN ini ialah pegawai-pegawai dari Seksyen Wakaf Endowmen & Hubungan Industri, Seksyen Zakat dan Pembangunan Asnaf dan staf-staf seksyen berkaitan dalam berkongsi pengalaman pengurusan zakat dan wakaf serta sumbangan yang dijalankan oleh setiap seksyen di WAzAN - Nur Iqra

Tarikh Input: 30/06/2024 | Kemaskini: 10/08/2024 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN INFAK (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155
+603 9769 2048
X, (12:34:03am-12:39:03am, 01 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]