TERIMA KASIH MENUNAIKAN ZAKAT DI WAZAN
Bagi pihak UPM, dan WAZAN khususnya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BAHARU, 2021
kepada seluruh warga UPM, baik di Kampus Serdang, mahupun di Kampus Bintulu, Serawak. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada
seluruh warga UPM, para pesara, alumni dan masyarakat luar yang telah menunaikan ZAKAT bagi tahun 2020, baik di Kaunter WAZAN (bersebelahan Masjid UPM), ataupun secara atas talian menerusi aplikasi e-ZAKAT@WAZAN
ALHAMDULILLAH, KUTIPAN ZAKAT UPM MENINGKAT LAGI
TERIMA KASIH SEKALI LAGI!Kutipan dana ZAKAT di UPM telah menunjukkan peningkatan sepanjang tahun 2020 di sebalik pandemik COVID19 dan arahan PKPB. Sejumlah RM8,235,724.29 telah dikutip pada tahun 2020 berbanding RM7,436,887.42 pada tahun 2019. Peningkatan sebanyak 10.74%!
AlhamdulillahAGIHAN DANA ZAKAT TAHUN 2021
Tarikh Input: 12/01/2021 | Kemaskini: 12/01/2021 | rizal_helmi

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN
Buka: Isnin - Jumaat.
Tutup: Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.