Terima Kasih MAIPS Dan MPM! | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » Terima Kasih MAIPS dan MPM!

Terima Kasih MAIPS dan MPM!

UPM, 26 Mac 2019 – Kehadiran delegasi dari Majlis Agama Islam Perlis atau dikenali sebagai MAIPS telah disambut baik oleh pengarah WAZAN dan para staf. Kedatangan pihak MAIPS adalah bertujuan untuk saling berkongsi pandangan dan idea bersama WAZAN berkaitan dana wakaf. Mesyuarat antara pihak MAIPS dan WAZAN merupakan satu langkah baik untuk meningkatkan lagi koloborasi WAZAN bersama majlis agama negeri di Malaysia. WAZAN telah berkongsi berkenaan pelbagai dana wakaf yang telah dilancarkan oleh WAZAN dalam usaha menyantuni pelajar fakir di UPM.

Antaranya wakaf lmu UPM, dana wakaf fasiliti masjid, wakaf ambulans dan biasiswa kepada pelajar. Oleh yang demikian, perkongsian ini telah dapat meningkatkan lagi perkembangan ilmu pengetahuan akan manfaat wakaf. Sekali gus, WAZAN mengharapkan pertemuan ini akan jadi titik tolak penting untuk memacu wakaf khususnya di negeri Perlis dan warga kampus UPM.

Seterusnya, WAZAN yang diwakili Dr. Haji Razali Othman turut menghadiri perbincangan bersama MPM di wisma MPM jalan Ledang, Kuala Lumpur. Tujuan utama pertemuan ini adalah mendiskusikan berkenaan model WAZAN-MPM FOOD BANK yang berteraskan wakaf. Pada asasnya, model ini timbul daripada kajian di Universiti Malaya yang mendapati pelajar IPT hari ini tidak mendapat bekalan makanan secukupnya. Oleh itu, model projek ini akan cuba diangkat sehingga mendapat perhatian daripada kepimpinan tertinggi negara.

WAZAN bersama MPM amat berharap projek ini menjadi solusi kepada isu kebajikan para pelajar di semua IPT. Sejajar dengan itu, WAZAN melihat kedua-dua pertemuan ini menjadi cerminan jelas akan keprihatinan pelbagai pihak berkenaan dana wakaf. Seterusnya, melahirkan kepimpinan yang bijak pandai dalam menguruskan dana wakaf agar manfaatnya dapat disebarluaskan secara sistematik dan menyeluruh.

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 27/03/2019 | Kemaskini: 27/03/2019 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 8993/6156
+603 9769 2048
C1586524126