TERIMA KASIH KEPADA MANTAN PENGARAH WAZAN UPM ATAS KHIDMAT BAKTI | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » TERIMA KASIH KEPADA MANTAN PENGARAH WAZAN UPM ATAS KHIDMAT BAKTI

TERIMA KASIH KEPADA MANTAN PENGARAH WAZAN UPM ATAS KHIDMAT BAKTI

UPM SERDANG,1 April - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia (UPM) mengucapkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Mohd Daud Awang, mantan Pengarah WAZAN UPM, atas segala dedikasi dan khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh sepanjang memegang amanah selaku Pengarah WAZAN UPM.

Selama tempoh perkhidmatannya, Prof. Madya Dr. Mohd Daud Awang telah memainkan peranan yang penting dalam pembangunan dan pengurusan zakat, wakaf dan sumbangan yang diuruskan oleh WAZAN UPM. Beliau telah memberikan sumbangan yang berharga dalam memperkukuhkan dan meningkatkan aktiviti pendanaan serta bantuan kepada para pelajar dan staf di UPM.

Jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Daud Awang kepada WAZAN UPM tidak akan dilupakan. Pengorbanan beliau telah menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada seluruh warga WAZAN UPM untuk terus berusaha ke arah kecemerlangan.

Pada Jumaat yang lalu, WAZAN UPM menganjurkan Majlis Sekalung Budi untuk meraikan perkhidmatan Prof. Madya Dr. Mohd Daud Awang yang telah tamat pada 31 Mac 2024. Majlis tersebut diadakan sebagai penghargaan kepada pencapaian dan sumbangan beliau dalam membawa kemajuan kepada WAZAN UPM.

Pihak WAZAN UPM turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Prof. Madya Dr. Mohd Daud Awang untuk segala usaha dan pencapaian masa depannya. Semoga beliau terus berjaya dalam setiap cabaran yang dihadapi. - WAZAN UPM

Tarikh Input: 02/04/2024 | Kemaskini: 02/04/2024 | nuriqra

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEeEAO~