TALK BERSAMA WAZAN | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » TALK BERSAMA WAZAN

TALK BERSAMA WAZAN

UPM, 17 April 2019 – WAZAN terus menyantuni dan mendekati kehidupan mahasiswa UPM secara terus dan menyeluruh. Dr. Haji Razali Othman selaku pengarah WAZAN telah memenuhi undangan daripada Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Perubatan Dan Kesihatan dalam kerangka pengenalan bantuan WAZAN kepada para pelajar. Oleh yang demikian, bertempat di Dewan Kuliah 6, FPSK telah berlangusng majlis bicara bersama WAZAN yang memfokuskan kepada penjelasan akan program bantuan yang boleh dimohon oleh pelajar FPSK secara khususnya.

Ramai pelajar FPSK yang telah hadir memeriahkan program ini kerana program bantuan seperti ini sememangnya memberikan impak positif kepada para pelajar. Pelbagai projek bantuan kepada pembangunan pembelajaran pelajar menerusi projek wakaf FPSK yang telah dimeterai sebelum ini turut menjadi bukti kprihatinan WAZAN. Dalam masa yang sama, Dr. Haji Razali Othman turut berkongsi akan jenis-jenis bantuan yang diberikan kepda semua pelajar asnaf.

Antaranya, bantuan sara diri, bantuan yuran pengajian, bantuan kecemasan dan bantuan dana penyelidikan. Secara langsung, program bicara bersama WAZAN ini dilihat sebagai satu langkah proaktif untuk memudahkan pelajar asnaf di FPSK mendapatkan pembelaan dan bantuan yang sepatutnya. Sekali gus program ini dilihat amat bertepatan. Ruang dan peluang ini membolehkan WAZAN meluaskan lagi pengetahuan warga kampus hijau ini akan keberadaan WAZAN sebagai entiti penting dalam pembangunan mahasiswa UPM.

WAZAN di bawah kepimpinann Dr. Haji Razali Othman akan terus komited untuk meluaskan agihan bantuan dana wakaf dan zakat secara efisisen dan sistematik. WAZAN terus mendoakan semoga semua pelajar asnaf UPM khsususnya kepada pelajar di FPSK akan terus cemerlang dan menyumbang bakti kepada agama, Negara dan masyarakat.

 

 

 

Tarikh Input: 18/04/2019 | Kemaskini: 18/04/2019 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 8993/6156
+603 9769 2048
C1586525779