AKLIMAT PROGRAM START WITH SEPULUH (SWS+) 2025: WAZAN UPM DAN LZS DIPERKASA KUKUHKAN PERKHIDMATAN ZAKAT IPT | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN INFAK (WAZAN) wazan
» BERITA » AKLIMAT PROGRAM START WITH SEPULUH (SWS+) 2025: WAZAN UPM DAN LZS DIPERKASA KUKUHKAN PERKHIDMATAN ZAKAT IPT

AKLIMAT PROGRAM START WITH SEPULUH (SWS+) 2025: WAZAN UPM DAN LZS DIPERKASA KUKUHKAN PERKHIDMATAN ZAKAT IPT

AKLIMAT PROGRAM START WITH SEPULUH (SWS+) 2025: WAZAN UPM DAN LZS DIPERKASA KUKUHKAN PERKHIDMATAN ZAKAT IPT

SERDANG, 26 Mei – Jabatan Perunding Zakat (JPZ) Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN) UPM telah berjaya menganjurkan Sesi Taklimat Program Start With Sepuluh (SWS+) 2025 bertempat di Dewan Al Khawarizmi, Pusat Islam UPM.

Perancangan Strategik Pemerkasaan Zakat Kampus Program yang menghimpunkan pegawai JPZ dan wakil Penolong Amil IPT Zakat Selangor ini dianjurkan khas bagi menyusun strategi pelaksanaan SWS+ di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Menerusi sesi taklimat ini, beberapa fokus utama telah dibincangkan, merangkumi:

Pelaksanaan Inisiatif SWS+ di IPT: Memupuk kesedaran berzakat secara konsisten menerusi galakan potongan gaji dan sumbangan berkala serendah RM10 dalam kalangan kakitangan universiti.

Penganjuran Kursus Perkhidmatan Pelanggan Zakat IPT: Merancang latihan khas bagi meningkatkan kemahiran komunikasi, kecekapan, dan profesionalisme amil IPT semasa berurusan dengan pembayar zakat dan pemohon bantuan.

Penyelarasan Agihan Asnaf: Memantapkan mekanisme penapisan dan pengagihan bantuan zakat agar lebih pantas, telus, dan berkesan di dalam persekitaran kampus.

Memartabatkan Kualiti Perkhidmatan Asnaf Penganjuran taklimat ini membuktikan komitmen berterusan WAZAN UPM dan LZS dalam memperkasa peranan penolong amil di IPT. Diharapkan sinergi strategik ini dapat membudayakan amalan berzakat secara berterusan serta memartabatkan kualiti perkhidmatan demi memelihara kebajikan golongan asnaf di universiti.

Tarikh Input: 31/05/2025 | Kemaskini: 21/08/2026 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN INFAK (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155
+603 9769 2048
X, (12:36:54am-12:41:54am, 19 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]