SATU SUMBANGAN WAKAF LAGI KEPADA WARGA OKU | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » SATU SUMBANGAN WAKAF LAGI KEPADA WARGA OKU

SATU SUMBANGAN WAKAF LAGI KEPADA WARGA OKU

UPM, 17 mei 2019 – Manfaat wakaf dan zakat terus disuburkan di kampus hijau ini dengan sebuah lagi kejayaan besar yang berjaya dicapai oleh WAZAN. Sempena majlis berbuka puasa bersama DYMM Tuanku Canselor UPM yang bertempat di Masjid UPM, sesi penyampaian alat mesin pencetak Braille telah berjaya disumbangkan hasil manfaat dana wakaf ilmu UPM. Alat pencetak Braille ini dilengkapi dengan perisian khas Non-Visual Dekstop Access (NVDA) yang mampu memudahkan para pelajar orang kelainan Upaya. Alat ini akan ditempatkan di Perpustakaan Sultan Abdul Samad yang akan memberi manfaat kepada pelajar OKU dan individu OKU di luar UPM.

Dalam masa sama, DYMM Tuanku Canselor turut memberikan sumbangan Dana Wakaf Rahmatan Lill Alamin kepada pelajar bukan Islam yang layak dan mengalami masalah. Oleh itu, WAZAN telah dapat meluaskan lagi kebaikan sumber wakaf menerusi wakaf kebajikan haiwan yang merupakan program di bawah kelolaan WAZAN dan Fakulti Perubatan Veterinar UPM. Akhir sekali, wakaf fasiliti iaitu pembiayaan pembinaan surau di Pusat Sukan UPM turut disampaikan dalam majlis ini. Sehubungan itu, WAZAN amat berharap pelnbagai dana wakaf ini akan mampu digunakan dengan sebaik mungkin demi menjaga kebajikan dan kepentingan pelajar dan universiti.

Sumbangan bantuan aidilfitri daripada sumber zakat juga turut disampaikan kepada pelajar fakir dan miskin yang terpilih. Kesemua kejayaan dan sumbangan ini adalah berkat daripada kebaikan para penyumbang di WAZAN yang sudi menghulurkan sumbangan ikhlas demi membantu pelajar dan masyarakat Islam yang memerlukan di UPM dan sekitar kampus. WAZAN mendoakan usaha kecil ini akan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T dan slogan Rezeki di kongsi, nikmat disyukuri akan terus diimplimentasikan di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Tarikh Input: 21/05/2019 | Kemaskini: 29/05/2019 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 8993/6156
+603 9769 2048
C1586526677