RM250 Ribu Diperlukan Untuk Wakaf Ambulan Khas PKU | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » RM250 ribu diperlukan untuk wakaf ambulan khas PKU

RM250 ribu diperlukan untuk wakaf ambulan khas PKU

Oleh Nuruliman Ibrahim
Foto oleh Dr Suhaila Abdul Hamid

 

Gambaran reka bentuk ambulan khas Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UPM.

 

SERDANG, 14 November - Pusat Kesihatan Universiti (PKU)  dengan kerjasama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia mengajak orang ramai serta mana-mana syarikat dan organisasi untuk membantu mengumpulkan dana sebanyak RM250,000.00 bagi membiayai projek wakaf ambulan khas PKU yang boleh disalurkan terus ke dalam akaun CIMB Islamik (UPM Dana Wakaf Ilmu)  No. Akaun: 8602-68-4995.

Selain daripada itu, orang ramai juga boleh berwakaf menerusi gerbang pembayaran atas talian (online) mysadaqah.upm.edu.my yang akan menghubungkan pengguna dengan pelbagai institusi perbankan utama seperti Maybank, CIMB, Bank Islam, AmBank, RHB Bank dan lain-lain lagi.

Bagi menambah kemudahan untuk orang ramai berwakaf, pihak WAZAN dengan kerjasama IAT Sdn Bhd telah membangunkan aplikasi danaraya (crowdfunding) mudah capai untuk dimuat turun ke dalam telefon pintar menerusi carian MySadaqah di Google PlayAndroid atau PlayStore yang juga menghubungkan pengguna dengan pelbagai pilihan sistem perbankan dalam talian.

Projek wakaf ambulan khas PKU serta aplikasi gerbang pembayaran danaraya MySadaqah tersebut telah dilancarkan oleh YB Dato Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi,  sempena Majlis Perasmian WAZAN di Hati pada 30 Mei 2017 yang lalu.

 
Pemidang latar pentas Majlis Pelancaran WAZAN di Hati oleh YB Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi pada 30 Mei 2017 di Dewan Besar PKKSSAAS.
 
 

Menurut Ketua Seksyen Pengurusan Dana Wakaf Ilmu WAZAN UPM, Ustaz Nuruliman Ibrahim, satu kumpulan jawatankuasa kerja telah diwujudkan untuk menggerakkan kempen wakaf ambulan khas PKU secara lebih tersusun dan berkesan dengan mensasarkan tempoh enam bulan bagi mencapai jumlah dana yang diperlukan. "Dengan bantuan dan sokongan semua pihak, saya percaya kita mampu mencapai sasaran kutipan tersebut lebih awal" katanya.

"Pada tahun 2013, Sekretariat Dana Wakaf Ilmu UPM  pernah mengumpulkan sumbangan sekitar RM190,000.00 bagi membiayai kos pembelian sebuah kenderaan khas OKU dalam tempoh empat bulan sahaja menerusi konsep yang sama, di bawah pengurusan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UPM" ujar beliau lagi .

Ketua PKU UPM, Dr. Hjh. Fauziah Adnan berkata, pada masa ini pihak PKU hanya memiliki 3 buah ambulan dengan fasiliti yang kurang lengkap dan telah terlalu lama digunakan. Beliau menambah "Ambulan khas ini sangat diperlukan segera bagi mempertingkatkan perkhidmatan PKU dalam memenuhi keperluan masyarakat, khususnya di kawasan yang sukar dimasuki oleh ambulan biasa".

Dr. Hj Razali Othman, Pengarah WAZAN UPM pula menekankan bahawa sumbangan wakaf merupakan sedekah jariah yang dijanjikan dengan ganjaran pahala yang amat besar dan berkekalan.

"Selain itu, setiap sumbangan juga layak mendapat pelepasan cukai pendapatan di bawah seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (No. Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6, 1888) dalam kategori derma dan hadiah" tambah beliau.

"Kepada sesiapa sahaja yang mempunyai sebarang pertanyaan atau inginkan maklumat lanjut, bolehlah menghubungi pegawai saya Ustaz Nuruliman Ibrahim di talian 0389471954 atau 0106314001" ujar beliau lagi.

"Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami di WAZAN dan di PKU kepada seluruh warga UPM yang berhati mulia, tuan-tuan dan puan-puan yang dermawan dan organisasi serta syarikat di luar yang prihatin, agar dapat menghulurkan sumbangan bagi tujuan wakaf ambulan khas Pusat Kesihatan Universiti" seru beliau kepada semua. - WAZAN Online

 

Sebahagian ahli Jawatankuasa kerja kempen wakaf ambulan khas PKU bergambar kenangan di perkarangan pejabat pentadbiran WAZAN UPM.
 

 

 

Aplikasi danaraya MySadaqah @ WAZAN di Hati untuk kemudahan berwakaf menerusi capaian telefon pintar.

 

KAEDAH BERWAKAF
Penyertaan adalah terbuka kepada semua, menerusi beberapa kaedah seperti berikut:-

 

 1.
KAUNTER WAZAN (Tunai, Cek, Kad Debit / Kredit)
 
Sumbangan menggunakan cek hendaklah ditulis atas nama UPM DANA WAKAF ILMU
 2.
PETI SUMBANGAN (Terdapat 14 peti di beberapa lokasi terpilih yang strategik)
 
Antaranya adalah di Masjid UPM, Canselori Putra, Pusat Kesihatan Universiti, Golf UPM, Pejabat TNC (PI) dan lain-lain lagi.
 3.
PERBANKAN ATAS TALIAN (MySadaqah @ WAZAN di Hati)
 
Klik di sini ⇒  ⇐ atau taip pautan mysadaqah.upm.edu.my
 
Klik di sini ⇒  ⇐ atau taip pautan cimbclicks.com.my
   
 4.
APLIKASI MySadaqah TELEFON PINTAR (Google Play/Android/PlayStore)
 
Klik di sini ⇒  ⇐ atau taip pautan https://play.google.com/store/apps/details?id=my.com.iat.mysadaqahuniputra
   
 5.
SKIM POTONGAN GAJI

 

 

 6.
 E-CLAIMS
   
   

 

Kenderaan khas OKU UPM berharga RM192,338.72 hasil sumbangan individu dan korporat ketika dipamerkan di Dewan Besar PKKSSAAS UPM sempena Majlis Perasmiannya pada 2 September 2013.
 
 
Cadangan spesifikasi ambulan khas PKU UPM.
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 15/11/2017 | Kemaskini: 07/07/2021 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXDdMA3~