Pusat Wakaf & Zakat USIM Ziarahi WAZAN | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » Pusat Wakaf & Zakat USIM Ziarahi WAZAN

Pusat Wakaf & Zakat USIM Ziarahi WAZAN

 

 

 

UPM, 8 Februari 2019- WAZAN dengan berbesar hati telah lawatan daripada Pusat Wakaf dan Zakat USIM (PWZ) yang telah diketuai oleh  YBhg. Dr. Mushaddad Hasbullah selaku Pengarah bersama Timbalan Pengarah Dr. Sofia HAYATI dan ustaz Razman Ibrahim, Pegawai Tadbir di PWZ. Kehadiran pihak PWZ memberikan ruang dan peluang kepada WAZAN yang diwakili oleh Pengarah Dr. Razali Othman untuk berkongsi maklumat dan bertukar pandangan berkaitan pelbagai usaha sama yang boleh dijalankan.

PWZ telah berjaya menerusi projek dana wakaf perubatan mata yang telah diusahakan oleh Dato’ Dr. Asma Ismail dan Dato’ Hj. Mohammad Alias. Sekaligus, kejayaan PWZ telah memberikan satu suntikan semangat kepada WAZAN untuk terus mengembleng usaha dalam mempelbagaikan lagi bentuk manfaat dana wakaf dan zakat. Oleh yang demikian, kerjasama antara kedua pihak amatlah penting agar manfaat wakaf dan zakat akan dapat terus disumbangkan kepada warga kampus di UPM dan USIM serta masyarakat setempat. Justeru, WAZAN akan terus komited dalam membantu PWZ dalam membudayakan amalan berwakaf dan berzakat demi kemaslahatan masyarakat. Seterusnya, dana wakaf dan zakat mampu menjadi sumber pembiayaan pendidikan negara secara holistik dan proaktif.

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 08/02/2019 | Kemaskini: 04/03/2019 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 8993/6156
+603 9769 2048
C1586527224