Program “Wazan Di Hati” Sempena Bulan Wakaf Dan Zakat WAZAN | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » Program “Wazan di Hati” Sempena Bulan Wakaf dan Zakat WAZAN

Program “Wazan di Hati” Sempena Bulan Wakaf dan Zakat WAZAN

UPM, 3 Disember 2018- Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia  telah melangsungkan majlis penyampaian sumbangan alatan persekolahan yang bertempat di Dewan Kolegiat Kolej Kelima, Universiti Putra Malaysia.

Majlis ini diadakan bersempena “Bulan Wakaf” yang dianjurkan oleh Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia.

Selain itu, majlis ini diadakan bertujuan membantu meringankan beban kakitangan UPM yang kurang berkemampuan bagi kemasukan persekolahan pada sesi 2019 yang akan datang.

Oleh yang demikian, WAZAN telah memberikan sumbangan berbentuk wang dan alatan sekolah kepada anak kakitangan UPM yang telah terpilih.

Bertetapatan dengan tema “Rezeki Dikongsi, Nikmat Disyukuri” pada tahun ini maka bantuan yang diberikan kepada anak kakitangan dapat memberikan mereka senyuman bagi menjalani sesi persekolahan.

 

Tarikh Input: 27/12/2018 | Kemaskini: 27/12/2018 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEUNA4~