Program Pintar Solat Sempena Musim Cuti Sekolah | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » Program Pintar Solat Sempena Musim Cuti Sekolah

Program Pintar Solat Sempena Musim Cuti Sekolah

UPM, 6 Disember 2018 - Pihak Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Program Pintar Solat bersempena musim cuti sekolah kepada anak-anak kakitangan Universiti Putra Malaysia.

Oleh itu, program ini dilaksanakan pada 5 hingga 6 Dis 2018 dengan kerjasama Fakulti Ekologi Manusia UPM serta Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Tujuan penganjuran program ini untuk memberi kesedaran tentang kewajipan solat serta mendidik tatacara solat yang betul.

Kepentingan bersolat dengan sempurna dipraktikkan dalam aktiviti yang menarik untuk peserta Program Pintar Solat. Hal ini kerana, peserta kanak-kanak lebih cenderung belajar sesuatu perkara melalui aktiviti yang santai dalam masa yang sama mempunyai pengisian ilmu. 

Selain itu, dalam program ini pihak WAZAN telah menaja 60 orang pelajar sekolah kategori Asnaf bagi menyertai program bermanfaat ini.

Pelajar sekolah yang berusia 7 hingga 12 tahun telah dipilih bagi menyertai Program Pintar Solat yang bermanfaat ini selama 2 hari.

Tarikh Input: 28/12/2018 | Kemaskini: 28/12/2018 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 8993/6156
+603 9769 2048
C1586527097