SEMENYIH, 23 JUN - Pusat Pengurusan Wakaf, zakat dan Infak (WAZAN), UPM telah menganjurkan Program Pemantapan Kerja Berpasukan di sini pada 20 - 23 Jun 2025 yang lalu. Program ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim sesama pengurusan dan staf WAZAN sebagai sebuah keluarga disamping meningkatkan semangat berpasukan dan kebersamaan dalam sebuah organisasi.
Pelbagai bentuk aktiviti dan program telah dirangka bagi memastikan semua peserta dapat melibatkan diri dan bersama-sama berganding bahu bagi memastikan setiap objektif dan matlamat dapat dicapai. Antara aktiviti termasuklah ice breaking, kerja dalam kumpulan, aktiviti outdoor, aktiviti santai dan acara sukaneka.
Program ini diharap akan terus memberikan satu penanda aras dalam mengukur kebersamaan, nilai-nilai murni, amalan baik serta semangat bekerja dalam kumpulan dapat diamalkan di WAZAN dan dapat melonjakkan WAZAN ke arah yang lebih profesional dan berdaya saing.
Tarikh Input: 26/06/2025 |
Kemaskini: 26/06/2025 | rizal_helmi
PERKONGSIAN MEDIA