Program Memperkasa Jati Diri NLP Lahirkan Asnaf Kelas Pertama | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » Program Memperkasa Jati Diri NLP Lahirkan Asnaf Kelas Pertama

Program Memperkasa Jati Diri NLP Lahirkan Asnaf Kelas Pertama

PORT DICKSON, 11 NOVEMBER -  Program Memperkasa Jati Diri NLP telah belansung dengan jayanya pada 9 sehingga 11 November 2018. Program yang berlansung selama 3 hari ini telah diadakan di The Regency Tanjung Tuan, Port Dickson, Negeri Sembilan.

 

 

 

Program yang dianjurkan selama 3 hari 2 malam ini merupakan program anjuran Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM dimana seramai 25 orang pelajar telah terlibat sebagai peserta bagi menjayakan program ini. Dalam hal ini, tumpuan utama bagi program ini adalah pelajar asnaf Unversiti Putra Malaysia.

 

 

 

Program ini dianjurkan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar dalam memperkasakan jati diri mereka. Selain itu, program ini juga mampu memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan keupayaan mereka untuk menjadi pelajar asnaf pertama di universiti melalui tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan sepanjang program dilaksanakan.

 

 

Terdapat beberapa modul telah dijalankan sepanjang program ini berlansung. Antara pengisian modul yang dilaksanakan adalah seperti sesi suai kenal, kemahiran berkomunikasi, latihan gaya bebas dan sesi maklum balas. Pada hari kedua, sebanyak empat modul telah dijalankan manakala hanya satu modul sahaja dijalankan pada hari pertama. Dalam program ini, kemahiran berkomunikasi yang merupakan modul kedua telah dikendalikan secara lansung oleh Dr. Razali Othman, Pengarah WAZAN UPM. Justeru itu, program yang sedemikian perlu diadakan lagi pada masa akan datang untuk melahirkan mahasiswa kelas pertama yang berkeyakinan dan mempunyai jati diri yang tinggi. – WAZAN Online

 

 

Tarikh Input: 12/11/2018 | Kemaskini: 12/11/2018 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXDcVAU~