Program Lawatan Kerja Penanda Aras WAZAN | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » Program Lawatan Kerja Penanda Aras WAZAN

Program Lawatan Kerja Penanda Aras WAZAN

TERENGGANU, 18 November – Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM telah menjalankan program lawatan kerja yang bertempat di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).Program ini bertujuan untuk meningkatkan kolaborasi antara pihak WAZAN dan Pusat Wakaf dan Infaq UniSZA serta Seksyen Zakat, Wakaf & Infaq (ZAWIN).

Delegasi WAZAN telah diketuai oleh Dr Haji Razali Bin Haji Othman bersama staf WAZAN dibawah Seksyen Dana Wakaf Ilmu dan Seksyen Zakat dan Pembangunan Asnaf. Kehadiran pihak WAZAN disambut baik oleh Pusat Wakaf dan Infaq UniSZA yang dipimpin oleh Profesor Madya Dr Ahmad Azrin Adnan. Begitu juga dengan pihak ZAWIN UMT yang turut meraihkan kehadiran pihak WAZAN.

Antara intipati perbincangan sepanjang mesyuarat tersebut termasuklah perkongsian pengalaman daripada pihak WAZAN berkaitan dengan program yang dijalankan di UPM seperti bulan wakaf dan zakat yang akan dilancarkan pada 28 November ini. Manakala pihak UniSZA juga telah berkongsi beberapa program yang mereka jalankan seperti program Hafiz dan Hafizah serta pelancaran wakaf Eye Controller.

Sepanjang mesyuarat yang dilaksanakan antara WAZAN dan ZAWIN, terdapat beberapa perkara yang dibincangkan dan dikongsikan. Mesyuarat tersebut dipimpin olehDr. Riswadi Azmi bersama pengarah WAZAN yang berbincang mengenai program yang telah dilaksanakan oleh pihak ZAWIN antaranya program Sejuta Impian yang memfokuskan kepada bantuan kewangan bagi pelajar asnaf yang belajar di UMT.

Hasil daripada lawatan kerja ini sedikit sebanyak membantu kedua-dua pihak dalam usaha membangunkan pembudayaan wakaf, infaq dan zakat dalam kalangan masyarakat Islam.

Tarikh Input: 19/11/2018 | Kemaskini: 19/11/2018 | nuruliman

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXDcSAZ~