PROGRAM JANGAN SKIP SAHUR @WAZAN SANTUNI PETUGAS BARISAN HADAPAN | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN INFAK (WAZAN)
» BERITA » PROGRAM JANGAN SKIP SAHUR @WAZAN SANTUNI PETUGAS BARISAN HADAPAN

PROGRAM JANGAN SKIP SAHUR @WAZAN SANTUNI PETUGAS BARISAN HADAPAN

Serdang, 13 Mac – Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan program Jangan Skip Sahur @WAZAN 2025 bagi menyantuni staf barisan hadapan yang bertugas pada waktu malam sepanjang bulan Ramadan. Program ini telah berlangsung selama dua hari pada 12 Mac sehingga 13 Mac. Sebanyak 700 pek makanan telah diagihkan kepada kakitangan dari Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Pusat Polis Bantuan dan Keselamatan Universiti (APSeC), dan Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan (OSH) UPM.
Majlis pengagihan makanan kepada staf barisan hadapan turut dihadiri oleh En. Muhazam Mansor, Pendaftar UPM, Prof. Madya Dr. Nor Fadhlina Zakaria, Pengarah HSAAS UPM, Tn. Haris Dahlan, Pengarah WAZAN, Norsyahriman Md. Arif, Presiden Kepertama UPM, Prof. Madya Dr. Ng Yee Guan, Pengarah OSH, serta staf WAZAN turut hadir bersama bagi menyantuni staf barisan hadapan UPM. Inisiatif ini diadakan untuk memastikan staf barisan hadapan yang bertugas pada waktu malam dapat bersahur dan mempunyai tenaga yang mencukupi untuk melaksanakan tugas dengan baik sepanjang bulan Ramadan.
Akhir sekali, WAZAN UPM turut menggalakkan lebih ramai pihak untuk menyumbang dan bersama menjayakan program-program kebajikan sebegini pada masa akan datang. Dengan adanya sokongan dan sumbangan berterusan, lebih ramai yang dapat dibantu, sekaligus memperluaskan manfaat kepada golongan yang memerlukan.

Tarikh Input: 31/03/2025 | Kemaskini: 31/03/2025 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN INFAK (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155
+603 9769 2048
W, (10:44:43am-10:49:43am, 19 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]