PROGRAM FOOD BANK YaPEIM 1.0 @ WAZAN UPM | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » PROGRAM FOOD BANK YaPEIM 1.0 @ WAZAN UPM

PROGRAM FOOD BANK YaPEIM 1.0 @ WAZAN UPM

UPM, 14 Jan - Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dengan usahasama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia, menganjurkan Program Food Bank YaPEIM 1.0 @ WAZAN UPM pada 13 Januari 2020 di Pusat Asasi Sains Pertanian.

 

Program yang digerakkan dengan kerjasama Pusat Asasi Sains Pertanian, Universiti Putra Malaysia ini telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Tuan Haji Mohammad Zamri Zakaria, Pengarah Kanan Pengurusan Dana Infaq & Pembangunan Sosioekonomi, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

 

Program Food Bank YaPEIM 1.0 @ WAZAN UPM ini merupakan usaha murni YaPEIM untuk membantu pelajar asnaf UPM untuk mendapatkan set makanan lengkap untuk sekali makan. Program seumpama ini juga telah dilaksanakan di beberapa buah universiti lain antaranya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

 

Seramai 300 orang pelajar Asnaf Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM terlibat dengan program yang julung kali dianjurkan di UPM ini. Program ini berlangsung sebanyak enam sesi bermula dari 13 Januari 2020, dan disusuli pada 14, 15, 16, 17 dan 20 Januari 2020 sebagai sesi akhir serahan sumbangan makanan.

 

Tetamu yang hadir pada majlis perasmian program ini ialah Y. Bhg. Prof. Dr. Norihan Md. Arifin, Pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian dan diiringi oleh Timbalan Pengarah 2 beliau, Y. Bhg. Prof. Madya Dr. Norfifah Bachok@Lati. Turut hadir Ketua Seksyen Pengurusan Zakat dan Pembangunan Asnaf WAZAN, En. Zuhaimi Abdul Rahim dan pegawai-pegawai YaPEIM.

Tarikh Input: 15/01/2020 | Kemaskini: 15/01/2020 | farouqumair

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXDdBAw~