Program Bijak Wang Sempena Musim Cuti Sekolah | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » Program Bijak Wang Sempena Musim Cuti Sekolah

Program Bijak Wang Sempena Musim Cuti Sekolah

UPM, 24 November 2018 - Pendidikan tentang kewangan memainkan peranan yang penting kepada manusia sejak usia kanak-kanak lagi. Oleh yang demikian, Pihak Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia sentiasa memandang serius berkaitan pendidikan kewangan.

Oleh itu, WAZAN dengan kerjasama Fakulti Ekologi Manusia telah mengadakan Kem Bijak Wang yang disertai oleh anak-anak kakitangan UPM yang telah dipilih oleh pihak WAZAN.

Peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah dalam lingkungan umur 12 tahun hingga 15 tahun telah dilatih tentang pengurusan wang melalui aktiviti dalam kumpulan yang menarik.

Oleh itu, peserta begitu teruja menyertai semua aktivti yang dijalankan secara pembentangan dan permainan. Hal ini kerana, aktiviti yang dijalankan dapat merangsang minda peserta melalui kemahiran dan ilmu yang diterapkan secara santai.

Adalah diharapkan Program Bijak Wang bertujuan melahirkan pelajar yang bijak menguruskan kewangan dengan lebih sistematik dalam urusan kehidupan, perniagaan dan kerjaya kelak.

Tarikh Input: 28/12/2018 | Kemaskini: 28/12/2018 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXDdIAk~