Program Asnaf Cemerlang WAZAN - Cohort II | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » Program Asnaf Cemerlang WAZAN - Cohort II

Program Asnaf Cemerlang WAZAN - Cohort II

Semenyih, 8-10 Mac 2019 – Selama tiga hari dua malam bertempat di Broga, Semenyih telah dijayakan sebuah program WAZAN iaitu program Kecemelangan Asnaf-Cohort II. Program ini merupakan salah satu usaha WAZAN untuk membangunkan potensi anak asnaf UPM untuk mencapai kejayaan dalam akademik. Program kali merupakan satu cabaran yang besar kepada WAZAN kerana rata-rata pencapaian akademik mereka berada dalam paras yang rendah .Namun, WAZAN akan terus komited untuk membantu pelajar asnaf ini untuk terus berusaha dan mencari kaedah pembelajaran yang lebih baik. Seterusnya, WAZAN juga melihat para pelajar ini agak pendiam dan pasif.

Oleh itu, sikap ini yang akan diubah oleh WAZAN ke arah yang lebih positif. Menerusi program kecemerlangan ini, para peserta telah terlibat dengan pelbagai aktiviti seperti aktiviti berkumpulan, perbincangan bersama fasiitator, perkongsian daripada pakar motivasi dan pengarah WAZAN. Sehubungan itu, WAZAN amat yakin bahawa penganjuran program seperti ini secara terancang dan sistematik sudah pasti memberi impak positif kepada mereka. Bukan sahaja, dalam pencapaian akademik dari segi PNGK tetapi turut dalam pembinaan sahsiah. Sepanjang program ini dijalankan para peserta juga memperlihatkan minat yang mendalam dan kesungguhan mereka menjadi pelajar cemerlang. Besar harapan WAZAN agar program kecemerlangan ini akan terus memberi manfaat kepada pelajar asnaf dalam melahirkan graduan cemerlang.

Tarikh Input: 15/03/2019 | Kemaskini: 15/03/2019 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEYXAA~