PENYERAHAN BANTUAN KECEMASAN KEPADA STAFF UPM
KUANTAN, 1 OKTOBER - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia (UPM) sentiasa cakna akan kebajikan warga UPM yang ditimpa musibah. Pengarah WAZAN UPM, Tuan Haji Haris Dahlan dan beberapa pegawai ke Hospital kuantan, Pahang untuk menghulurkan bantuan kecemasan kepada staff UPM, Encik Nor Azlan Bin Mohamad, staff di Pejabat Dekan, Fakulti kejuruteraan yang ditimpa musibah akibat dari masalah kesihatan.
Encik Nor Azlan telah mendapat rawatan di Hospital Kuantan dan menerima bantuan segera daripada Pihak WAZAN dengan menggunakan dana zakat.
Sumbangan ini merupakan salah satu daripada usaha WAZAN UPM melalui Seksyen Zakat dan Pembangunan Asnaf (SZPA) yang sentiasa cakna dan sentiasa memastikan bahawa setiap pelajar dan staf UPM disantuni dan diberikan bantuan oleh pihak WAZAN UPM sebagai pusat tanggungjawab yang menjaga kebajikan warga UPM khususnya yang dikategorikan sebagai asnaf.
Turut hadir menziarahi En. Noor Azlan ialah pegawai Pejabat Pendaftar, pegawai HSAAS dan Fakulti Kejuruteraan UPM. -WAZAN UPM-
Tarikh Input: 17/10/2024 |
Kemaskini: 17/10/2024 | rizal_helmi
PERKONGSIAN MEDIA