Pengarah WAZAN Ziarah Pelajar Asnaf UPM | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » Pengarah WAZAN Ziarah Pelajar Asnaf UPM

Pengarah WAZAN Ziarah Pelajar Asnaf UPM

Oleh Nuruliman Ibrahim

Foto Nur Zila Zainuddin

 

TANJUNG KARANG,  28 MEI – Pengarah WAZAN, YBhg. Dr. Haji Razali bin Othman telah menziarahi sendiri tiga keluarga pelajar asnaf di daerah Tanjung Karang, Selangor.

 

 

Menurut beliau, tujuan ziarah ini ialah untuk beliau melihat sendiri keadaan keluarga pelajar asnaf di UPM. “Memang mereka ini hidup susah. Setengahnya menumpang di rumah datuk atau nenek mereka, atau Pak Cik mereka.  Mereka tiada rumah sendiri. Tapi rata-rata mereka ini pelajar yang cukup cekal dan bersemangat tinggi.”

 

Dr. Razali berharap dengan ziarah ini membolehkan pihak WAZAN melihat sendiri apakah bentuk-bentuk bantuan lain yang boleh diberikan  bagi memastikan para pelajar ini dapat belajar tanpa gangguan dengan kemiskinan hidup di kampung.

 

 

Dr. Razali juga telah menyerahkan bantuan sebanyak RM1500.00 bagi setiap keluarga yangb terpilih dalam program Zujarah Ihsan Ramadzan 2018 ini. – WAZAN Online

 

 

Tarikh Input: 16/10/2018 | Kemaskini: 05/11/2018 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEYRAD~