Pengarah Rakam Ucapan Terima Kasih Kepada Pembayar Zakat | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » Pengarah rakam ucapan terima kasih kepada pembayar zakat

Pengarah rakam ucapan terima kasih kepada pembayar zakat

UPM, 24 Jan – Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen WAZAN UPM,  Dr Razali bin Othman merakamkan ucapan penghargaan kepada semua yang membayar zakat di WAZAN.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pembayar zakat yang telah menunaikan rukun islam keempat ini sepanjang tahun 2019 terutamanya pada bulan Wakaf & Zakat UPM Disember lalu", ucap beliau menerusi edaran emel ucapan terima kasih kepada semua pembayar zakat di WAZAN pada tahun 2019.

"Sebanyak RM4,062,498.79 wang zakat yang telah dikutip, telah diagihkan kepada 6,862 penerima zakat, khususnya para pelajar dalam kalangan lima golongan asnaf di UPM iaitu fakir, miskin, fisabilillah, ibnu sabil dan juga muallaf", jelas beliau.

Menurut beliau lagi, WAZAN juga telah membiayai 84 program yang melibatkan staf dan pelajar di Fakulti dan Kolej Kediaman. Jumlah pembayar zakat pula adalah seramai 3,915 orang bagi tempoh antara bulan Januari hingga Disember 2019.

“Bagi pihak UPM dan WAZAN, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembayar zakat melalui Skim Potongan Gaji dan di Kaunter WAZAN. Saya doakan agar Allah SWT memberkati dan melipat gandakan lagi rezeki tuan/puan pada tahun ini dan seterusnya pada tahun-tahun yang akan datang. In Shaa Allah”, jelasnya.

Tarikh Input: 28/01/2020 | Kemaskini: 30/01/2020 | nuruliman

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 8993/6156
+603 9769 2048
C1597361844