PEMBERIAN MINYAK PERCUMA BANTU RINGAN BEBANAN KEWANGAN WARGA UPM | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » PEMBERIAN MINYAK PERCUMA BANTU RINGAN BEBANAN KEWANGAN WARGA UPM

PEMBERIAN MINYAK PERCUMA BANTU RINGAN BEBANAN KEWANGAN WARGA UPM

Disediakan oleh: Mohd Rizal Helmi A Razak
Emel: rizal_helmi@upm.edu.my
 
 
UPM SERDANG, 29 Nov - Bersempena dengan Bulan Zakat dan Wakaf UPM 2023, Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Program Freefuel semalam.
 
Program pemberian minyak percuma ini telah melibatkan sekurang-kurangnya 700 motosikal dalam kalangan pelajar dan staf UPM. Program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Daud Awang, Pengarah WAZAN UPM dan telah mengisi minyak petrol sebagai simbolik program ini.

Menurut Pengarah WAZAN, program ini adalah bertujuan untuk memberikan bantuan petrol kepada pelajar dan staf yang menaiki motosikal dalam usaha membantu meringankan bebanan mereka dikala harga barangan dan makanan kini yang meningkat naik.
 
 
"Program ini saya lihat sangat bagus untuk kita bantu pelahar UPM dengan meringankan bebanan selain daripada bantuan kewangan yang diberikan", katanya ketika ditemubual selepas memberikan sumbangan minyak petrol dan sarapan kepada pelajar.
 
Menurut seorang pelajar UPM yang berkesempatan mengisi minyak secara percuma berkata, "saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak WAZAN UPM kerana memberikan minyak petrol secara percuma ini. Duit saya untuk isi minyak hari ini saya boleh gunakan untuk membelikan makanan”.
 
 

Program yang berlangsung bermula jam 9.00 pagi sehingga 3.00 petang bertempat di stesen Petronas UPM, Serdang ini turut memberikan sarapan pagi yang disumbangkan oleh Koperasi UPM dan staf stesen Petronas UPM kepada pelajar dan staf UPM.

Tarikh Input: 30/11/2023 | Kemaskini: 30/11/2023 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEdGA7~