Pelancaran Bulan Wakaf Dan Zakat Sempena Ramadan 2019 | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » Pelancaran Bulan Wakaf dan Zakat sempena Ramadan 2019

Pelancaran Bulan Wakaf dan Zakat sempena Ramadan 2019

UPM, 30 April 2019 – Sempena bulan Ramadhan yang mulia, WAZAN terus mengorak langkah terbaik dalam mengimarahkan keberkatan bulan Ramadhan di kampus hijau UPM. Sejajar dengan itu, majlis perasmian bulan Wakaf dan Zakat Ramadhan 2019 telah berjaya dilancarkan di Foyer Utama Bangunan Canselori Putra yang dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof. Dr.Mohd. Roslan Sulaiman.

Majlis perasmian kali ini dimeriahkan lagi dengan konvoi bermotosikal yang telah disertai oleh staf WAZAN, staf UPM serta para pelajar. Tujuan utama konvoi ini adalah untuk menyampaikan sumbangan mangsa banjir kepada para staf yang terjejas banjir di Serdang Jaya. Selain itu, sesi penyampaian hadiah cabutan bertuah kepada para penyumbang WAZAN turut dilaksanakan bagi meraihkan kesudian para pembayar zakat UPM 2018. Secara keseluruhan, pelancaran bulan wakaf dan zakat 2019 merupakan simbolik kepada perasmian pelbagai program tambahan bagi tahun ini.

Antara program yang bakal berlangsung sepanjang bulan Ramadhan ialah Jelajah Skuad WAZAN, Ziarah Ihsan Ramadhan dan Program Jom Balik Kampung Bersama WAZAN. Oleh yang demikian, WAZAN amat mengharapkan sokongan yang baik daripada pelbagai pihak dalam membantu kepimpinan universiti bagi menjayakan program WAZAN yang telah dirancang.

Tarikh Input: 03/05/2019 | Kemaskini: 03/05/2019 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEXTAV~