Petaling, 18 Nov - Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah telah menziarahi pelajar Bacelor Biologi Sel dan Molekul, Norazam Syafiq Shari di kediamannya, semalam.
Kunjungan ini adalah untuk melihat keadaan semasa Norazam yang terlibat dalam kemalangan di tempat beliau menjalani latihan industri pada Mei lalu.
Pada kesempatan ini, Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan menyampaikan sumbangan dari UPM kepada beliau dan berharap agar Norazam Syafiq segera pulih.
Turut hadir dalam ziarah tersebut ialah YBhg. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Dekan Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul dan Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), UPM.
Terdahulu, pihak WAZAN UPM telah memberikan bantuan perubatan dan bantuan kecemasan kepada Norazam tiga bulan lalu. - WAZAN UPM
PSPK, UPM
Tarikh Input: 20/11/2023 |
Kemaskini: 05/01/2024 | rizal_helmi
PERKONGSIAN MEDIA