Menteri Pendidikan Tinggi Lancar WAZAN Di Hati | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » Menteri Pendidikan Tinggi lancar WAZAN di Hati

Menteri Pendidikan Tinggi lancar WAZAN di Hati

SERDANG 30 Mei - Moto "WAZAN di Hati" merupakan salah satu idea pemasaran baharu yang cuba ditonjolkan oleh Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia bagi menempatkan WAZAN di bibir dan di hati masyarakat, khususnya dalam kalangan warga UPM. Majlis pelancaran WAZAN di Hati ini merangkumi pelbagai acara berimpak tinggi yang melibatkan kerjasama pelbagai pihak dari dalam dan luar UPM.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia pada 30 Mei 2017 bersamaan 4 Ramadan 1438H di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesnian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAS) UPM yang turut merangkumi sesi menandatangani Perjanjian Usahasama Dana Wakaf Ilmu antara UPM dan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), pelancaran Aplikasi MySadaqah, pelancaran Bulan Wakaf dan Zakat UPM, pelancaran Biasiswa Wakaf Ilmu UPM, pelancaran Kempen Wakaf RM1 | 1 Pelajar | 1 Bulan, Pelancaran Wakaf Ambulan Pusat Kesihatan Universiti (PKU), pelancaran buku Kembara Asnaf di Bumi Sakura dan sesi Iftar bersama YB Menteri.

YB Dato' Seri Idris Jusoh dalam ucapannya telah merakamkan ucapan tahniah atas kejayaan penubuhan WAZAN UPM. Menurut beliau, penubuhan WAZAN UPM merupakan kejayaan yang patut dibanggakan oleh UPM dan dicontohi oleh Universiti Awam (UA) yang lain. "Tahniah kerana berjaya menubuhkan WAZAN di UPM. Inisiatif memperkasakan wakaf dan zakat melalui pelbagai program seperti Bulan Wakaf dan Zakat, Biasiswa Wakaf Ilmu, kempen wakaf RM1 : 1 pelajar : 1 bulan dan lain-lain lagi, selain menggunakan medium crowdfunding untuk mendapatkan sumbangan wakaf fasiliti Masjid UPM dan sumbangan wakaf ambulan Pusat Kesihatan UPM adalah amat terpuji. Saya doakan semoga usaha ini diberkati dan beroleh kejayaan. Semua UA juga disarankan untuk mengambil contoh insiatif WAZAN UPM dalam menyuburkan amalan yang murni ini." katanya lagi. - WAZAN Online

 

pelancaran wazan di hati

Tarikh Input: 31/05/2017 | Kemaskini: 28/09/2018 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 8993/6156
+603 9769 2048
C1597363943