MASJID UPM TERIMA TIGA UNIT ALAT PENGUKUR SUHU BADAN | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » MASJID UPM TERIMA TIGA UNIT ALAT PENGUKUR SUHU BADAN

MASJID UPM TERIMA TIGA UNIT ALAT PENGUKUR SUHU BADAN

MASJID UPM TERIMA TIGA UNIT ALAT PENGUKUR SUHU BADAN

 

UPM SERDANG, 30 JUN - WAZAN telah menyerahkan tiga (3) unit pengukur suhu badan (BTS) kepada Masjid Universiti Putra Malaysia bagi tujuan jemaah masjid mengukur suhu badan sendiri tanpa pengawal di lobi masjid untuk menunaikan solat.

 

Alat pengukur suhu badan ini diserahkan menerusi satu sesi penyerahan ringkas yang disempurnakan oleh Ybhg Datin Paduka Setia Dato' Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM. Beliau memberikan kata-kata aluan dan ucapan terima kasih kepada WAZAN UPM khususnya penyumbang-penyumbang yang menyumbang dalam pembelian BTS tersebut.

 

Turut hadir dalam majlis penyerahan tersebut ialah Pengarah Pusat Islam, Pengarah WAZAN, Ahli Lembaga Pengarah UPM dan ahli kariah Masjid UPM

Tarikh Input: 09/07/2020 | Kemaskini: 09/07/2020 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXETJAd~