Lawatan Kerja Delegasi Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » Lawatan Kerja Delegasi Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)

Lawatan Kerja Delegasi Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)

Oleh WAZAN Online

SERDANG, 26 Julai - Lawatan kerja delegasi UniMAP yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dato' Wira Dr. Mohd Salled Hj. Din, Penolong Naib Canselor (Keusahawanan & Kelestarian Kewangan) UniMAP bertempat di bilik mesyuarat Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat & Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berlangsung pada 10.00 pagi ini.

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan perkongsian pengalaman dan kepakaran WAZAN dalam hal ehwal pengurusan wakaf, pembangunan usahawan asnaf, pengurusan endowmen dan pengurusan aktiviti kesukarelawanan.

Semoga lawatan ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim serta kerjasama yang berterusan dan berjaya mencapai objektif yang disasarkan antara kedua-dua pihak.

 

 

Tarikh Input: 27/09/2018 | Kemaskini: 04/10/2018 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXETPAj~