Kursus Pemantapan Endowmen@Wakaf 2019 | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » Kursus Pemantapan Endowmen@Wakaf 2019

Kursus Pemantapan Endowmen@Wakaf 2019

Kuala Lumpur, 23 April 2019 – Bertempat di Hotel Royal Widad telah berlangsungnya sebuah kursus yang penting iaitu kursus Pengurusan Endowmen@Wakaf peringkat kebangsaan. WAZAN telah diwakili oleh Dr. Haji Razali Othman selaku pengarah dan penglibatan WAZAN secara langsung meningkatkan pengetahuan dan perongsian ilmu bersama pelbagai pihak lain. Para peserta kursus ini melibatkan pelbagai agensi kerajaan mahupun bukan kerajaan yang beroperasi bersaskan endowmen dan wakaf.

Sehubungan itu, kursus yang telah berlangsung selama dua hari ini merupakan titik tolak penting untuk memantapkan pemahaman dan ilmu berkaitan endowmen dan wakaf dalam sesebuah organisasi. Dr. Haji Razali Othman turut menjadi panel dalam salah satu sesi perkongsian erkaitan topic “Konsep dan Amalan Endowmen@Wakaf”. Dr. Haji Razali Othman turut berkesempatan berbincang dengan pakar dalam bidang komunikasi iatu Baby Anusha yang telah menekankan akan perlu adanya “Visibility”, “Awareness”, “Trust”, “Responsibility” dan “brand” dalam memastikan kejayaan Endowmen@Wakaf.

Secara keseluruhannya, kursus ini amat memberikan manfaat dan kebaikan kepada semua yang terlibat.Oleh itu, WAZAN berharap program ini akan dapat diteruskan pada tahun yang akan datang agar semua pihak yang terlibat dapat memantapkan sistem wakaf dan endowmen dalam organisasi masing-masing.

 

 

 

 

Tarikh Input: 30/04/2019 | Kemaskini: 30/04/2019 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEZVAg~