Kunjungan Hormat WAZAN Ke Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » Kunjungan hormat WAZAN ke Perbadanan Wakaf Selangor (PWS)

Kunjungan hormat WAZAN ke Perbadanan Wakaf Selangor (PWS)

Oleh WAZAN Online

Kunjungan mesra WAZAN ke Perbadan Wakaf Selangor (PWS)

 

SHAH ALAM, 8 Ogos - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Dato' Mohammad bin Yacob, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) di Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam pagi ini.

Kunjungan mesra WAZAN ke Perbadan Wakaf Selangor (PWS)Kunjungan mesra WAZAN ke Perbadan Wakaf Selangor (PWS)Kunjungan mesra WAZAN ke Perbadan Wakaf Selangor (PWS)

 

SHAH ALAM, 8 Ogos - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Dato' Mohammad bin Yacob, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) di Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam pagi ini.

Kunjungan hormat ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin antara WAZAN UPM dan PWS khususnya dalam usaha memperkasakan institusi wakaf di Negeri Selangor.

Kunjungan ini diketuai oleh Dr. Hj. Razali bin Othman, Pengarah WAZAN UPM diiringi oleh Ustaz Nuruliman bin Ibrahim, Ketua Seksyen Pengurusan Dana Wakaf Ilmu, WAZAN UPM.

Turut hadir ialah Ustaz Anuar Hamzah bin Tohar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS dan Puan Nawal Ashiqin binti Abdul Rahman, Penolong Eksekutif Pemasaran Korporat PWS.

Pengarah WAZAN UPM  menyampaikan ucapan tahniah kepada YBhg. Dato' Mohammad bin Yacob atas perlantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PWS. Turut dibincangkan perkara berkaitan isu-isu pembangunan harta wakaf, program-program kesedaran wakaf serta penerangan berkenaan fungsi yang dijalankan oleh WAZAN UPM, selain matlamat dan hala tuju WAZAN UPM menjelang 2025.

Tarikh Input: 08/08/2018 | Kemaskini: 04/10/2018 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXDdTAK~