Kepakaran Bank Di WAZAN | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » Kepakaran Bank di WAZAN

Kepakaran Bank di WAZAN

Gambar 1: Pengarah bersama CEO CO-OPBANK

 

Gambar 2: Pengarah bersama Pegawai Perkhidmatan Pelanggan Bank Rakyat dan merupakan alumni UPM

Kuala Lumpur, 15 Mac 2019 - Pengurusan kewangan merupakan teras penting dalam membentuk sistem wakaf dan zakat yang sistematik. Menyedari hakikat ini, WAZAN yang diwakili Dr. Haji Razali Othman selaku pengarah telah mengambil langkah proaktif menerusi perjumpaan terus bersama CEO CO-OPBANK iaitu Datuk Mohd. Nor Abd Razak. WAZAN amat berbesar hati dengan pertemuan ini kerana beliau merupakan pakar dalam pengurusan kewangan. Buktinya, beliau telah berkhidmat selama 16 tahun di Bank Negara. Oleh itu, WAZAN melihat pengalaman beliau amat berharga dan perlu dikongsikan bersama WAZAN. Beliau merupakan seorang yang berwawasan tinggi dalam membantu wakaf dan zakat sebagai dana penting dalam pembangunan masyarakat.

Selain itu, beliau turut bertsetuju untuk membantu WAZAN dalam menguruskan kewangan yang berasaskan dana wakaf dan zakat agar sistem kutipan dan agihan lebih teratur dan tersusun. WAZAN amat menghargai penglibatan beliau untuk membantu membangunkan pengurusan kewangan yang holistik. Maka. Tidak dapat dinafikan pemilihan beliau sebagai CEO CO-OPBANK merupakan langkah baik kerana berdasarkan ilmu dan kredibiliti tinggi yang ditunjukkan oleh beliau.

Seterusnya, Dr. Haji Razali juga berkesempatan bertemu dengan alumni UPM iaitu  Encik Tuhairi yang kini berkhidmat sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan di Bank Rakyat. Pertemuan ini telah memberikan impak positif kepada WAZAN kerana beliau telah berkongsi berkaitan kaedah terbaik dalam menguruskan khidmat pelanggan. khususnya untuk menarik minat orang ramai berwakaf dan berzakat.

Sehubungan itu, beliau mengalakkan peningkatan kualiti dari aspek komunikasi, pemakaian dan cara interaksi staf WAZAN perlu dipertingkatkan untuk meningkatkan keyakinan para pewakaf dan pembayar zakat di WAZAN. Sejajar dengan itu, WAZAN mengharapkan perjumpaan ini akan menyumbang kepada usaha WAZAN untuk memastikan sumber  wakaf dan zakat menjadi sektor pembiayaan ketiga di intitusi perbankan Negara. Semoga usaha WAZAN bersama pakar kewangan ini akan terus dilaksanakan dan mencapai kecemerlangan.

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 18/03/2019 | Kemaskini: 18/03/2019 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEYFAT~