Kempen Back To Student Sempena Bulan Wakaf & Zakat UPM | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » Kempen Back To Student Sempena Bulan Wakaf & Zakat UPM

Kempen Back To Student Sempena Bulan Wakaf & Zakat UPM

UPM, 15 NOVEMBER – Sempena bulan wakaf dan zakat UPM 2018, pihak WAZAN telah memperkenalkan kempen Back To Student yang menjadi salah satu inisiatif dalam membudayakan amalan berzakat dan bersedekah. Objektif utama kempen ini dilaksanakan adalah untuk memberikan kesedaran khsuusnya kepada msyarakat setempat dan di dalam kampus UPM berkaitan kepentingan zakat dan sedekah dalam membantu pelajar UPM khususnya golongan asnaf.  Keistimewaan kempen ini ialah setiap penderma boleh menunaikan zakat dan sedekah sekaligus dengan hanya menyumbang serendah RM10. Sumbangan sebanyak RM10 itu akan dibahagikan kepada dua tabung iatu tabung zakat sebanyak RM8 dan RM2 akan dimasukkan ke dalam tabung WAZAN Prihatin sebagai bentuk sedekah. Kempen ini juga beteraskan usaha murni WAZAN dalam mempromosikan lagi skim potongan gaji dalam kalangan staf UPM khususnya.

 

 

Pelaksanaan kempen back to student dilaksanakan menerusi keadah bersua muka antara wakil WAZAN UPM dengan warga kampus UPM. Staff WAZAN yang diamanahkan akan membuat hebahan ke sekitar fakulti UPM, bangunan pentadbiran dan pejabat kolej penginapan.

 

 

Justeru, kempen ini dapat dilihat sebagai satu langkah yang sangat baik dalam membantu pelajar-peljar asnaf UPM yang mengalami permasalahan khusunya dari aspek kewangan kerana kutipan akan terus diagihkan kepada pelajar yang layak menerima bantuan ini. - WAZAN Online 

 

 

Tarikh Input: 19/11/2018 | Kemaskini: 19/11/2018 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEUOAy~