KAUNTER WAZAN DIBUKA SEMULA KEPADA PENGUNJUNG | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » KAUNTER WAZAN DIBUKA SEMULA KEPADA PENGUNJUNG

KAUNTER WAZAN DIBUKA SEMULA KEPADA PENGUNJUNG

KAUNTER WAZAN DIBUKA SEMULA KEPADA PENGUNJUNG

 

UPM SERDANG - Perlaksanaan PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP), PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) dan perlaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1-3 telah memberikan impak kepada pembukaan kaunter khidmat pelanggan WAZAN kepada pengunjung.

 

Perlaksanaan PKP dan yang seumpamanya adalah bertujuan untuk mengekang penularan wabak Covid-19 yang melanda negara sejak 17 Mac 2020.

 

Namun, sejak pihak kerajaan mengumumkan PPN Fasa 4 berkuatkuasa 1 Oktober 2021, kaunter WAZAN telah dibenarkan untuk beroperasi.

 

WAZAN menjemput semua pelanggan dalam kalangan warga UPM dan masyarakat luar untuk menunaikan zakat di WAZAN UPM dengan mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis keselamatan Negara dan UPM.

Tarikh Input: 28/10/2021 | Kemaskini: 13/01/2022 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEdEAe~