KARPET WAKAF TELAH MULA DIMANFAATKAN | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » KARPET WAKAF TELAH MULA DIMANFAATKAN

KARPET WAKAF TELAH MULA DIMANFAATKAN

 

UPM, 7 MEI 2019- Antara uslub bagi mengimarahkan masjid UPM adalah dengan kejayaan Dana Wakaf Ilmu yang membiayai karpet baharu bernilai hampir mencecah RM 1 Juta. Proses pemasangan karpet ini telah bermula pada 29 April dan dijangka siap pada 10 Mei. Projek ini merupakan salah satu dana wakaf yang telah diusahakan oleh WAZAN iaitu Dana Wakaf Fasiliti Masjid.

Di samping itu, sumber wakaf turut dimanfaatkan dengan pemasangan empat kipas gergasi di masjid UPM. WAZAN yakin dan percaya dengan adanya sokongan daripada para staf UPM dan masyarakat setempat pasti akan membantu WAZAN dalam merialisasikan pemasangan PA sistem yang baharu dan lebih moden. Dr. Razali Othman selaku pengarah WAZAN menzahirkan rasa syukur atas kejayaan pemasangan karpet baharu dan berharap para jemaah akan lebih selesa beribadah dan beriktiqaf di Masjid UPM.

Tarikh Input: 07/05/2019 | Kemaskini: 07/05/2019 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEZWAh~