Oleh: Mohd Rizal Helmi A Razak
Foto: WAZAN UPM
UPM SERDANG, 19 JULAI - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam usaha untuk memperkukuhkan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di peringkat UPM. EKSA sebagai kesinambungan dari Amalan 5S yang dilihat sebagai satu program yang menggalakkan semua Pusat Tanggungjawab (PTj) agar lebih kreatif dan inovatif dalam usaha mewujudkan persekitaran kerja yang sesuai dan mampu meningkatkan produktiviti serta kualiti penyampaian perkhidmatan.
Sehubungan dengan itu, dalam mencapai ke arah persekitaran kerja yang kondusif tersebut WAZAN UPM telah menjalankan pelbagai siri gotong royong yang bagi memastikan amalan ini sentiasa disemai dalam kalangan warga WAZAN UPM.
Antara aktiviti yang dijalankan seperti gotong royong inovasi, kitar semula, kelestarian hijau dan memastikan papan tanda serta ruang kerja kelihatan kemas. Selain itu juga, gotong royong ini dijalankan bagi memastikan nilai-nilai korporat institusi diamalkan.
Staf-staf WAZAN UPM memberikan sepenuh komitmen dan kerjasama yang jitu bagi memastikan setiap kriteria pelaksanaan EKSA dicapai dalam persediaan untuk diaudit oleh penilai. Penilaian ini adalah salah satu pengisian komponen Hari Kualiti dan Inovasi Pengurusan (HKIP), UPM yang dijalankan pada setiap 2 tahun.
Untuk rekod, penilaian EKSA di WAZAN UPM pada 25 Julai ini merupakan penilaian kedua selepas selepas penilaian yang dijalankan pada bulan Januari 2024 yang lalu.
Tarikh Input: 23/07/2024 |
Kemaskini: 10/08/2024 | rizal_helmi
PERKONGSIAN MEDIA