Gerobok Wakaf Maya- Satu Lagi Inisiatif WAZAN | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » Gerobok Wakaf Maya- Satu Lagi Inisiatif WAZAN

Gerobok Wakaf Maya- Satu Lagi Inisiatif WAZAN

Oleh Nuruliman Ibrahim

Foto Nur Zila Zainuddin

 

SERDANG, UPM, 5 Oktober – WAZAN menjalin usahasama dengan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Luxtag Sdn. Bhd. bangunkan Gerobok Wakaf Maya (GWM).

 

 

 

Kedua-dua pihak iaitu MDEC dan Luxtag Sdn. Bhd. telah mencapai persetujuan untuk membantu WAZAN membangunkan Gerobok Maya Wakaf dalam perbincangan yang diadakan di Café, Golf UPM.

MDEC sebagai ‘enabler’ digital ekonomi negara akan menyediakan kepakaran pengurusan kewangan dan teknikal. Sementara Luxtag Sdn. Bhd. pula akan menyediakan kepakaran pengurusan teknologi maklumat. Sekiranya perlu aplikasi bitcoin akan diguna pakai bagi memastikan GMW dapat memenuhi permintaan WAZAN.

Antara lain GMW ini bertujuan membantu dan menyediakan keperluan asas pelajar yang memerlukan bantuan menerusi platform atas talian. Pelajar yang memerlukan bantuan hanya perlu menggunakan aplikasi GMW yang boleh dicapai menerusi computer atau talipon pintar.

 

 

 

Aplikasi GWM ini juga secara tidak langsung akan menyemai budaya memberi dan menyumbang dalam kalangan warga UPM. Menurut Dr. Haji Razali Othman, “Gerobok Maya ini akan dibiayai menerusi dana wakaf.

Sementara barangan yang diletakkan dalam gerobok tersebut pula dibuat menerusi sumbangan orang ramai. Dengan cara ini, orang ramai digalakkan untuk menyumbang apa sahaja barangan seperti roti, gula, biskut dan sebagainya untuk membantu pelajar yang memerlukan barangan tersebut.

Dalam perbincangan yang sama, Luxtag Sdn. Bhd juga telah bermurah hati untuk mewakafkan aplikasi platform locker laundry untuk membantu pelajar UPM yang memerlukan bantuan. Menurut Dr. Haji Razali, “Saya beritahu mereka tadi, WAZAN tak punya duit untuk membangunkan platform yang tentunya menelan ratusan ribu ringgit! Tapi, dengan berwakaf, WAZAN boleh pastikan saham yang boleh mereka tuntut di akhirat nanti. In Shaa Allah – WAZAN Online

 

Tarikh Input: 07/10/2018 | Kemaskini: 08/10/2018 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 8993/6156
+603 9769 2048
C1586527283