Oleh: Cik Nur Iqra Ahmad Basri
Foto: En. Mohd Azrol Hafizi Azman
HSAAS, 6 Jun - Seksyen Zakat dan Pembangunan Asnaf (SZPA), Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat & Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia (UPM) sentiasa cakna akan kebajikan warga UPM yang ditimpa musibah. Pengarah WAZAN UPM, Tuan Haji Haris Dahlan mengadakan kunjungan ke Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) untuk menghulurkan bantuan kecemasan kepada dua pelajar UPM yang ditimpa musibah akibat kemalangan sejurus pulang dari Muzakarah Zakat Kebangsaan yang diadakan di Putrajaya.
Dua pelajar UPM yang ditimpa kemalangan tersebut ialah Sdr. Muhammad Safwan dari Kolej Serumpun dan Sdr. Muhammad Iman dari Kolej Sepuluh. Kedua-dua pelajar ini telah mendapatkan rawatan di HSAAS dan menerima sumbangan bantuan kecemasan yang merupakan sumbangan kepada pelajar UPM yang ditimpa musibah / kemalangan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh pelajar menggunakan dana zakat.
Hal ini merupakan kecaknaan WAZAN UPM melalui SZPA dalam memastikan bahawa setiap pelajar dan staf UPM perlu diziarahi dan disantuni oleh pihak WAzAN UPM sebagai pusat tanggungjawab yang menjaga kebajikan warga UPM khususnya yang dikategorikan sebagai asnaf.
Menurut Cik Maznur Nazila Moin, Ketua Seksyen Zakat dan Pembangunan Asnaf, "WAZAN memang menyediakan sebahagian dana zakat yang dikhususkan untuk memberikan bantuan kepada kes-kes seumpama ini kerana ianya perlu untuk meringankan bebapan pelajar mahupun staf yang ditimpa musibah", katanya.
Turut hadir dalam sesi kunjungan ini ialah En. Mohd Rizal Helmi A Razak, En. Mohd Azrol Hafizi Azman, Cik Maznur Nazila Moin dan Puan Marlinah Muslim daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), UPM.
Tarikh Input: 30/06/2024 |
Kemaskini: 10/08/2024 | rizal_helmi
PERKONGSIAN MEDIA