Dari keprihatinan anda, lahirnya harapan mereka
Oleh: Seksyen Dakwah dan Pemasaran
SERDANG - Pada tahun 2025, seramai 15,936 pelajar UPM yang dikategorikan sebagai pelajar asnaf telah menerima manfaat bantuan zakat daripada Tabung Amanah Zakat UPM bagi meneruskan pengajian dan menjalani kehidupan mahasiswa dengan lebih sejahtera.
Zakat yang dikendalikan oleh Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak ini telah menyalurkan sebanyak RM3.7 Juta kepada para asnaf di UPM yang layak serta berhak. Antara bantuan yang disalurkan termasuklah bantuan kewangan sara diri, yuran pengajian, bantuan kewangan latihan industri, bantuan kecemasan/bencana/segera, bantuan perubatan, bantuan program (sukarelawan/dakwah/keilmuan) serta pelbagai bentuk kebajikan lain demi memastikan tiada pelajar yang tercicir akibat kekangan kewangan.
Hal ini adalah hasil daripada setiap zakat yang ditunaikan oleh pembayar zakat warga UPM dan masyarakat sekitar. Ianya bukan sekadar membantu meringankan beban, malah menjadi sinar harapan buat mereka yang memerlukan
WAZAN UPM mengajak semua warga UPM untuk tunaikan zakat hari ini kerana ianya diuruskan secara telus serta berintegriti dan ianya terus menjadi asbab kebajikan serta pendidikan mahasiswa di UPM.
Pelanggan boleh menunaikan zakat melalui dua (2) kaedah:
Maklumat untuk dihubungi:
Tel: 03-9769 1024 (Whats app)
Emel: wazan@upm.edu.my
Tarikh Input: 28/05/2026 |
Kemaskini: 20/08/2026 | rizal_helmi
PERKONGSIAN MEDIA