Bowling Jadi Penghubung Warga WAZAN Dan Pejabat Naib Canselor | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » Bowling Jadi Penghubung Warga WAZAN Dan Pejabat Naib Canselor

Bowling Jadi Penghubung Warga WAZAN Dan Pejabat Naib Canselor

Oleh Nuruliman Ibrahim

Foto Nur Zila Zainuddin

 

PUTRAJAYA, 13 MEI – Permainan Bowling persahabatan antara staf di bawah Pejabat Naib Canselor telah diadakan di Mall IOI, Putrajaya semalam.

WAZAN telah turut menghantar pasukan untuk sama-sama memeriahkan lagi permainan serta pertandingan yang buat julung kali di adakan.

 

 

Menurut YBhg Prof. Datin Aini bte Idris, Naib Canselor UPM, permainan serta pertandingan bowling yang diadakan ini bukan sekadar untuk memberi keseronokan, tetapi juga dalam waktu yang sama dapat mengukuhkan lagi hubungan yang akrab dalam kalangan warga di Pejabat Naib Canselor.

Beliau berharap aktiviti-aktiviti seperti akan dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang. Hubungan yang baik antara staf akan memberi kebaikan kepada UPM, khususnya dalam meningkatkan hasil kerja universiti.

Beliau juga telah meluang masa menyampaikan pemenang pertandingan kepada para pemenang dalam pelbagai kategori, termasuk kategori individu dan pasukan. – WAZAN Online

 

 

Tarikh Input: 16/10/2018 | Kemaskini: 02/11/2018 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXDcWAk~