Bersama Pakar WAKAF MAIWP Di Pulau Pinang | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » Bersama Pakar WAKAF MAIWP di Pulau Pinang

Bersama Pakar WAKAF MAIWP di Pulau Pinang

Pulau Pinang, 1 MAC 2019 – WAZAN terus komited menyokong usaha pembangunan dana wakaf. Sejajar itu, WAZAN yang diwakili oleh Dr. Haji Razali Othman telah hadir dalam sesi mesyuarat bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Pulau Pinang. Pasukan pengurusan wakaf (MAIWP) merupakan entiti terpenting dalam mengembangkan lagi potensi wakaf. Pertemuan bersama WAZAN menjadi wahana terbaik untuk WAZAN memberikan idea dan sokongan dalam menyiapkan dasar pengurusan wakaf (MAIWP).

Pelbagai jabatan MAIWP telah terlibat dan masing-masing kelihatan sunguh bersemangat dan komited untuk merealisasikan tangungjawab besar ini. Pakar-pakar pengurusan wakaf seperti Prof. Mashitoh dan Prof. Madya. Dr. Fairuz turut sama membantu menjayakan misi besar MAIWP ini. Oleh yang demikian, WAZAN akan terus mendoakan kejayaan MAIWP dalam menyelesaikan misi ini. Seterusnya, WAZAN berharap peranan MAIWP sebagai “Sole Trustee” dan “Mutawalli” akan dapat dicapai dengan cemerlang. Oleh itu, MAIWP perlu dijadikan contoh terbaik dan mampu menjadi ikutan kepada para pentadbir wakaf di semua institusi.

Tarikh Input: 13/03/2019 | Kemaskini: 13/03/2019 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEaSAh~