Bersama JAWHAR & MUIS Di Sabah | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » Bersama JAWHAR & MUIS Di Sabah

Bersama JAWHAR & MUIS Di Sabah

Kota Kinabalu, 28 Mac 2019 – WAZAN terus mengorak langkah positif dalam memacu semula kegemilangan dana wakaf menerusi pertemuan bersama jabatan wakaf, zakat dan Haji (JAWHAR) dan Majlis Agama Islam Sabah (MUIS). Pertemuan julung kali ini merupakan inisiatif terbaik untuk WAZAN menjalinkan kerjasama yang erat bersama badan pengurusan wakaf dan zakat di Sabah. Program ini dikenali sebagai “Martabatkan Wakaf Di Negeri Di Bawah Bayu.”WAZAN yang diwakili oleh Dr. Haji Razali Othman selaku pengarah telah hadir diringi ketua seksyen Dana Wakaf Ilmu UPM, Al fadil Ustaz Nurul Iman.

Pertemuan bersama pihak kepimpinan MUIS telah menumpukan perhatian berkenaan penjanaan dan pembangunan dana wakaf di negeri sabah agar wakaf dilihat sebagai sumber pembiayaan penting untuk membantu masyarakat. Hal ini kerana, WAZAN dan MUIS telah melihat peranan dana wakaf ini berbeza dengan zakat kerana wakaf boleh diagihkan kepada muslim dan bukan muslim.

Antara perkara menarik yang turut dikongsikan oleh MUIS ialah di sabah terdapat ramai masyarakat bukan Islam yang mewakafkan tanah milik mereka untuk ahli keluarga yang memeluk Islam. Keadaan ini memperlihatkan penerimaan semua masyarakat tanpa mengira agama yang mengangkat wakaf sebagai satu sumber pembangunan masyarakat. WAZAN turut memberikan satu input penting dalam usaha meningkatkan peranan dan melestraikan wakaf iaitu strategi pemasaran.

Pembangunan wakaf akan berdiri kukuh dengan adanya kesedaran dan kesudian masyarakat untuk berwakaf. Oleh itu, untuk menarik perhatian mereka akan kepentingan dan manfaat wakaf maka strategi pemasaran yang baik amat diperlukan. Oleh itu, WAZAN dan MUIS diharapkan terus megaplikasikan pemasaran secara atas talian, pemasaran menerusi media cetak dan elektronik serta paling utama media sosial. Semua strategi pemasaran yang luas dan sistematik pasti akan membolehkan MUIS menjadi pemegang tunggal amanah wakaf yang dikenali dan berjaya.

Di samping itu, pengarah WAZAN turut menyeru agar semua staf yang menjalankan amanah dalam pengurusan wakaf untuk menanam roh dan sifat perjuangan. Semoga wakaf akan cemerlang dan gemilang sebagaimana zaman khalifah Islamiah dahulu. Besar harapan WAZAN agar kerjasama bersama MUIS akan terus digembleng ke arah yang lebih cemerlang.

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 28/03/2019 | Kemaskini: 28/03/2019 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 8993/6156
+603 9769 2048
C1586198280