1000 ANAK STAF TERIMA BANTUAN WAZAN | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » 1000 ANAK STAF TERIMA BANTUAN WAZAN

1000 ANAK STAF TERIMA BANTUAN WAZAN

UPM SERDANG – Lebih 1000 anak-anak staf Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima bantuan daripada Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM menerusi program Bantuan Umum Persekolahan Anak Staf Upm yang berlangsung pada 17 Disember 2020 di Canselori Putra.

 

Program yang berlangsung mengikut segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) ini adalah usaha yang dilakukan oleh WAZAN UPM bagi membantu staf-staf dalam kalangan asnaf demi membantu meringankan beban mereka menjelang sesi persekolahan tahun 2021.

 

Menurut Pengarah WAZAN UPM Dr Haji Razali bin Othman, “WAZAN sangat komited membantu anak-anak staf dalam persediaan menjelang pembukaan sesi persekolahan yang dijadualkan dibuka pada bulan Januari 2021”

 

“Amalan pada tahun ini dibuat secara simbolik penyerahan dengan mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan memandangkan UPM masih lagi berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri Selangor”, katanya.

 

Pada masa yang sama simbolik penyerahan ini juga melibatkan dua program anak-anak staf iaitu bantuan pakej kit pembelajaran MySolehEnglish dan Kad Tuisyen OSEM yang dijalankan secara dalam talian.

 

Menurut Dr. Razali, “WAZAN juga membantu anak-anak staf UPM dari aspek perkembangan pembelajaran mereka melalui dua program yang dijalankan secara dalam talian iaitu MySolehEnglish @WAZAN dan MyOSEM @WAZAN dengan memberikan bantuan pakej kit pembelajaran dan kad tuisyen kepada mereka”.

 

Jumlah ini termasuklah didalam jumlah keseluruhan yang dibantu oleh WAZAN. Seramai 525 orang anak staf yang berpendapatan rendah dibantu menerusi bantuan persekolahan seperti uniform dan pembayaran yuran persekolahan dan selebihnya adalah menerusi bantuan perkembangan pelajaran anak-anak staf di UPM

 

“Kami di WAZAN berharap bantuan ini, bukan sahaja dapat mengurangkan bebanan keluarga, khususnya pada akhir tahun ini, tetapi juga membolehkan anak-anak mereka meneruskan pengajian secara atas talian terutama di waktu pandemik COVID19 ini,” tambah beliau.

Tarikh Input: 19/12/2020 | Kemaskini: 19/12/2020 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXETKAk~